[KIRAAN SEMASA] PRN Negeri Sembilan: BN mendahului di DUN Rantau, Pertang

SEREMBAN - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga calon Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan mendahului di 13 saluran dengan memperoleh 3,423 undi berbanding Pakatan Harapan(PH), 949 undi dalam Pilihan Raya Negeri(PRN) Negeri Sembilan.

Begitu juga Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang bertanding di Pertang mendahului di enam saluran dengan memperoleh 1,401 undi berbanding PH 157 undi, manakala Bersatu 63 undi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut memaklumkan bahawa parti itu telah mendahului di 16 DUN setakat ini.

Seramai 859,760 pengundi berdaftar di Negeri Sembilan menunaikan tanggungjawab demokratik bagi memilih wakil rakyat baharu sempena PRN pada hari ini.